Ziarah ke Kota Tinggi hingga ke SK Lok Heng Selatan. Anak-anak semua lembik seperti kain buruk kerana sakit perut.
Pusat Kesihatan Lok Heng, tempat anak-anak mendapatkan rawatan.
Dulu bangunan ini belum wujud di Kota Tinggi
Selepas bersarapan Cikgu Kadir mula mengendalikan acara sukaneka Hari Keluarga PASTI Malaysia. Temasya berlangsung dengan meriah hingga jama 1215. Syukur keluarga kami berjaya meraih dua hadiah menerusi Ibu dan Baihaqi.
Makan tengah hari cukup menyelerakan. Selepas mengemaskan pakaian dan Solat Zohor kami turun ke bawah untuk mengambil gambar kenangan. Tepat jam 1430, kami meninggalkan SBR meskipun ada lagi satu acara lawatan ke Pusat Falak Al-Khawarizmi bersebelahan resort ini. Ayah telah menetapkan temu janji dengan Pakcik Haji Mohd Noor Affendy di rumahnya, Kg Separap, Batu Pahat.
Menurut ayah, teman sebiliknya sewaktu di Maktab Perguruan Teruntum ini sudah terpisah selama lebih daripada 20 tahun. Kesempatan ziarah ke selatan ini ayah gunakan untuk menghubungkan kembali tali silaturrahim. Kebetulan pula Haji Mohd Noor baru pulang daripada mengerjakan Ibadah Haji bersama isterinya.
Meriah dan mesra sungguh sambutan Haji Mohd Noor sekeluarga kepada kami. Oleh kerana itu, ayah mengambil keputusan untuk kami merehatkan diri malam ini di Kg Separap. Esok pagi-pagi lagi kami akan ke Bandar Kota Tinggi untuk meneruskan ziarah ke selatan tanah air tercinta ini.