Sunday, April 25, 2010

Tugasan PRK 094




Rabu to Ahad - 25 April 2010


Syukur at last mencapai target.

Tambah pengundi kepada 44 orang.

23 di Ladang 15.

21 di SKC.

Walaupun keseluruhan tewas, syukur kepada ALLah yang telah mengizinkan kami bertugas dan menjalankan usaha di sini,

Takbir !

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kampar ke-22 / 1431 H


Ahad, 10 Jumadilawal
1431 H



Tempat :
Markaz PAS Taman Melayu Jaya. Kampar.


Perasmi :
Tuan Pesuruhjaya PAS Perak

AF Ustaz Haji Abu Bakar Hussin.


Penyertaan : Memuaskan.



Monday, March 29, 2010

Kursus PPDa



Namanya pelik sedikit. Kursus ini menjangkau rutin harian. Biasanya kita berurusan dengan alat, tetapi kali ini dengan manusia.
Syukur kepada ALLah, sesekali berubah angin nih seperti charge bateri . . . . . . . . . . .

Daftar masuk jam 1730 Isnin 29 Mac. Hotel Fair Park nampak selesa, Wifi pun not bad bagi menghabiskan kursus hingga petang Rabu nanti.





Thursday, March 4, 2010

Sampai ke Noktah ....

Jumaat 19 Rejab - 02 Julai 2009

Sebelum zohor memulakan perjalanan ke Gombak. Singgah solat Jumaat di Masjid Tapah. Adik lena di belakang. Banyak perkara yang disembangkan Uma mengenai hasratnya ke tanah suci tahun ini. Moga ALlah kabulkan.

Tiba di pejabat jam 1730. Buat kerja skype dengan Kamarul dan Zamadi. Selepas maghrib makan dan terus bermesyuarat sehingga jam 2330. Jamil telefon maklumkan Beliau ( AF Ustaz Shuib ) dihantar ke Hospital Kampar kerana tenat. Kami berehat sebentar setelah mendoakan keselamatan beliau.

Jam 0130 Jamil maklumkan AF Ustaz Shuib telah menyahut panggilan Ilahi. Al-Fatihah kemi sedekahkan dan buat keputusan untuk balik ke Kampar selepas subuh esok.

Di dalam perjalanan pulang sempat bertanyakan persiapan Jemaah untuk menguruskan pengkebumian Beliau. Jamil dan Lobai memaklumkan segalanya telah dimesyuaratkan dan tanggung beres.

ALlah menyelamatkan perjalanan kami dan tiba di Masjid AnNur tepat jam 1040. Solat jenazah dimulakan tepat jam 1100. Moga ALLah tempatkan Beliau di kalangan umat yang beriman dan beramal soleh......... amin.

Petikan Ihsan dari Ustaz Misbah



Malamnya hadir di majlis tahlil di kediaman anak. Ketika menjamah makanan Jamil maklumkan anakanda sulung Zameri di langgar kereta berhampiran tanah perkuburan Jeram. Teman ajak Jemi, Bon dan Azhar ke sana. Buat sedikit tinjauan dan standby di rumah Jamil hingga 0030 kerana Hanif terus dikejarkan oleh ambulans ke Hospital Ipoh.

Hampir jam 0100 Jamil telefon lagi dan sampaikan berita sedih yang Hanif juga telah berpulang menghadap PenciptaNya. Al-Fatihah untuk Ketua Pemuda Kg Jeram yang kami sayangi ini.

Friday, December 18, 2009

Aktiviti Pertama Tahun Baru Hijrah 1431

Mudah-mudahan kekal istiqamah di dalam perjuangan ini !

Sunday, December 6, 2009

Kursus Asas PraPerguruan PASTI Perak 2009

Telah berlangsung kursus KAPP PASTI Negeri Perak pada 03 hingga 06 Disember 2009 bertempat di SRATI, Hulu Kinta.

Syukur kepada ALLah kursus bagi dua pengambilan ini tamat dengan jayanya. Pada hari penutup seperti kelaziman digabungkan dengan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Perak. Perasmian penutup disempurnakan oleh Ustazah Hajah Bariah Alang Sapri, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak.

Terima kasih kepada semua !



Saturday, November 28, 2009

Ibadah Qurban 1430H


Seawal jam 7.30 pagi dah bersedia di Masjid Jamek Kampar. Mulakan dengan doa oleh AF Ustaz Sulaiman Mantap. Hasilnya................ lihat le