Sunday, February 27, 2011

Kerdau






Sabtu 26 Feb

Tiba di Kg Gunung Senyum jam 1900.
Taaruf dan tinjau lapangan.
1930 tinggalkan Haji Razali di situ.
Rehat sebentar di Taman Indera Muda.

Ahad 27 Feb.

Sarapan di Pekan Awah
Jammed di Jengka 23 jam 0945.
Lawan program Mega BN di situ.
Ziarah rumah-rumah warga PASTI.
1245 selamat tinggal PASTI Ikhwan dll

Rehat makan di R&R Temerloh
Solat di Tol Tapah.
Jam 1715 sedia untuk mesyuarat di Meru Impian.
Syukur ALLah selamatkan semua urusan dan dapat lena di BP 0415.........

Friday, February 4, 2011

Tour Pasir Puteh











3 Feb 2011

Perjalanan panjang dalam masa yang singkat.
Begitu meletihkan, moga ada manfaat buat jemaah !

Kampar - Pasir Puteh - Kuantan - Gombak - Kampar.

Saturday, January 29, 2011

Tenang tapi tak tenang !










Jumaat 28 Han. 2011

Kami mulakan perjalanan tepat jam 1900 dari Kg Batu Putih. Behenti solat Maghrib di Masjid Sungkai. Seterusnya berehat minum malam di R&R Dengkil. Baihaqi terlena di kerusi belakang van. Satu jam setengah daripada Dengkil, ALLah selamatkan kami tiba di Tangkak. Oleh kerana terlalu letih, kami tidak dapat teruskan perjalanan ke destinasi. Qiam di Surau Al-Falah, Sagil.


Sabtu 29 Januari 2011

Selesai rutin fajar, kami ke Labis. Kami bersarapan di gerai hadapan Maybank Labis. Hujan mengiringi kembara kami sepanjang hari. Tidak banayak urusan yang dapat kami bantu selain meninjau lokaliti dan iktikaf di Masjid Daerah Labis. Selepas solat Isya;, kami cuba ke dataran PAS Labis. Keadaan hujan lebat di situ tidak memungkinkan kami untuk turut serta. Kami kembali ke MJD Labis, malangnya ada sepasukan haprak yang menghalang usaha menghidupkan malam di situ. Kami hanya dapat beriktikaf di ruang terbuka di luar MJD Labis. Kesejukan malam ini melalaikan rama amilin dengan tidur yang amat lena.


Ahad 30 Januari 2011

Seawal jam 0500 kami ke stesen kereta api untuk membersih diri. Pengguna yang terlalu ramai di MJD Labis menyebabkan kami ke sini. Selepas solat subuh, hujan turun semakin lebat. Kami berehat seketika menantikan hujan reda sedikit. Kami bersarapan di Taman Gunung Emas. Jam 0900 kami menghala keluar ke Tenang Stesen. Nampaknya tempat ini telahALLah itetapkan sebagai medan kerja kami pagi ini walaupun tidak ada di dalam perancangan. Kami menyantuni beberapa orang pengundi Tionghua di situ lalu mengantar mereka melaksanakan kewajipan di SMK Tenang Stesen. Banjir di hadapan simpang Tenang Stesen tidak menghalang kenderaan kami untuk terus gagah membantu Cikgu Mala. Hujan yang lebat sepanjang hari ini mudah-mudahan menjadi sebab pertolongan ALLah memenangkan Islam di bumi Tenang kali ini !


Sunday, January 23, 2011

Tenang's Visit


Pandangan jalan ke Kg Tenang
Sumbangan PASTI Malaysia disampaikan oleh Pakcik Ridzuan
Ayah di UPU Redong
Kami & Pakcik Noh
Tempat duduk ayah view

Sabtu - Ahad, 22 - 23 Januari.

Ayah tinggalkan kami di rumah dengan ibu tercinta. Moga ALlah selamatkan permufiran ayah kali ini.





Sarapan di rumah Cikgu Kadir.
Ayah & Pakcik Halim ( UITM Lect. )
Bersama Guru-guru PASTI Kota Tinggi di Kampung Tenang.

Thursday, January 20, 2011

Tribute to Cikgu Mala & Our Boss

Yesterday - 15 Safar 1432H

Gambar ceritakan 1000 ..........











Mudah-mudahan ALLah kurniakan kemenangan kepada Calon PAS di dalam PRK DUN Tanang Ahad depan ..........

Sunday, January 16, 2011






Weekend - Mid Jan 2011

Sabtu = Edar alatan PASTI di Halaman Meru Impian.

Ziarah jenazah ALLahyarhamah Hajah Asmah Tukiran.



Ahad - Ziarah rumah keluarga ALLahyarhamah Hajah Asmah Tukiran bersama rombongan Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia.

Mesyuarat Agung KoPASTI Malaysia di Gombak, Selangor.

Pulang 2300 nanti.

Saturday, December 25, 2010

Ayah di Grand Blue Wave, Shah Alam






Sabtu, 19 Muharam 1432 H

Ayah tiba di tempat Konvensyen Pendidikan Islam 2010 tepat jam 1.00 petang. Tadi tiga jenis kenderaan pengangkutan awam telah digunakan untuk sampai ke sini.

Syukur kepada ALLah, kemudahan di tempat ini begitu mengujakan hati. Selepas solat, ayah terus turun ke lobi untuk membantu kerja-kerja pendaftaran.

Tugas di meja pendaftaran diteruskan hingga jam 7.15 malam. Ayah bertugas mengiringi Dato; Haji Abu Bakar Chik ke bilik jamuan.