Habis mesyuarat kami bersembang dengan Ustaz Kamal Shaarii di Lobi Intekma.
Thursday, March 17, 2011
Sunday, March 6, 2011
Kerdau Lagi !
Sunday, February 27, 2011
Kerdau
Sabtu 26 Feb
Tiba di Kg Gunung Senyum jam 1900.
Taaruf dan tinjau lapangan.
1930 tinggalkan Haji Razali di situ.
Rehat sebentar di Taman Indera Muda.
Ahad 27 Feb.
Sarapan di Pekan Awah
Jammed di Jengka 23 jam 0945.
Lawan program Mega BN di situ.
Ziarah rumah-rumah warga PASTI.
1245 selamat tinggal PASTI Ikhwan dll
Rehat makan di R&R Temerloh
Solat di Tol Tapah.
Jam 1715 sedia untuk mesyuarat di Meru Impian.
Syukur ALLah selamatkan semua urusan dan dapat lena di BP 0415.........
Friday, February 4, 2011
Tour Pasir Puteh
Saturday, January 29, 2011
Tenang tapi tak tenang !
Jumaat 28 Han. 2011
Kami mulakan perjalanan tepat jam 1900 dari Kg Batu Putih. Behenti solat Maghrib di Masjid Sungkai. Seterusnya berehat minum malam di R&R Dengkil. Baihaqi terlena di kerusi belakang van. Satu jam setengah daripada Dengkil, ALLah selamatkan kami tiba di Tangkak. Oleh kerana terlalu letih, kami tidak dapat teruskan perjalanan ke destinasi. Qiam di Surau Al-Falah, Sagil.
Sabtu 29 Januari 2011
Selesai rutin fajar, kami ke Labis. Kami bersarapan di gerai hadapan Maybank Labis. Hujan mengiringi kembara kami sepanjang hari. Tidak banayak urusan yang dapat kami bantu selain meninjau lokaliti dan iktikaf di Masjid Daerah Labis. Selepas solat Isya;, kami cuba ke dataran PAS Labis. Keadaan hujan lebat di situ tidak memungkinkan kami untuk turut serta. Kami kembali ke MJD Labis, malangnya ada sepasukan haprak yang menghalang usaha menghidupkan malam di situ. Kami hanya dapat beriktikaf di ruang terbuka di luar MJD Labis. Kesejukan malam ini melalaikan rama amilin dengan tidur yang amat lena.
Ahad 30 Januari 2011
Seawal jam 0500 kami ke stesen kereta api untuk membersih diri. Pengguna yang terlalu ramai di MJD Labis menyebabkan kami ke sini. Selepas solat subuh, hujan turun semakin lebat. Kami berehat seketika menantikan hujan reda sedikit. Kami bersarapan di Taman Gunung Emas. Jam 0900 kami menghala keluar ke Tenang Stesen. Nampaknya tempat ini telahALLah itetapkan sebagai medan kerja kami pagi ini walaupun tidak ada di dalam perancangan. Kami menyantuni beberapa orang pengundi Tionghua di situ lalu mengantar mereka melaksanakan kewajipan di SMK Tenang Stesen. Banjir di hadapan simpang Tenang Stesen tidak menghalang kenderaan kami untuk terus gagah membantu Cikgu Mala. Hujan yang lebat sepanjang hari ini mudah-mudahan menjadi sebab pertolongan ALLah memenangkan Islam di bumi Tenang kali ini !
Sunday, January 23, 2011
Tenang's Visit
Sabtu - Ahad, 22 - 23 Januari.
Ayah tinggalkan kami di rumah dengan ibu tercinta. Moga ALlah selamatkan permufiran ayah kali ini.






