Tuesday, June 7, 2011

Ayah ke Negeri Bawah Bayu








Selasa 07 Jun

Pagi lagi ayah meninggalkan ibu dan anak untuk menjalankan tugas jemaah di Kota Kinabalu.

Pagi Jumaat nanti dengan izin ALLah, ayah akan pulang dan bawa kami ke Kelantan dan Terengganu.

Moga ayah selamat pergi dan balik.

Pesan buat Abang Daud - Tolong ibu buat kerja rumah, ajar adik-adik mengaji, jangan kacau dan marah adik-adik.

Pesan buat Baihaqi dan Adik - bangun awal solat subuh, jangan bergaduh. Minta izin ibu kalu nak buat sesuatu.

Saturday, June 4, 2011

Ayah kat Mukatamar ke-57







Jumaat hingga Ahad awal Jun



Ayah di Taman Melewar selama tiga hari menyelesaikan tugasan jemaah . . . .

Saturday, May 28, 2011

Ayah Kat Tganu


Ayah & Pengarah PASTI Terengganu
KT pandangan dari atas

KT - not too busy
Kawan Ayah dan Rusa

Duduk selesa on flight to Subang
Pak Cik Bada belanja ayah minum kat LT KT
Macam bas ekspres
Bas Tradisional ket KT
Ayah tunggu bagasi
Ayah dan CEO kereta mewah
Menemankan Pak Cik Hasan beli keropok
Cantik jugak LT Subang sekarang
Skypark Front View


Jumaat 27 Mei 2011.

Ari ni mula cuti sekolah. Ayah ke LT Subang untuk merasai pengalaman bersama pesawat Firefly ke Kuala Terengganu. Lawatan singkat dan akan balik ke KL petang esok setelah selesai urusan mesyuarat di sana.

Tuesday, May 17, 2011

Adik di Grand Blue Wave









Selasa 17 Mei 2011

Adik berpeluang ikut ayah ke Shah Alam hari ni.

Monday, May 16, 2011

An-Nahdhoh 2011




Sabtu - Ahad 15 Mei

Kami ke sini lagi kerana ayah ada urusan rasmi PASTI.

Dalam perjalanan pulang kami menjamu selera di warung nasi kandar Kampung Pertama, Seberang Jaya.

Sunday, May 1, 2011

Anugerah kepada Abu Daud






01 Mei 2011

Kami tiba di Balai Islam Lundang jam 0955. Penantian kami tidak lama kerana tepat jam 1000 tetamu utama majlis, Dato’ Bentara Setia Haji Nak Badul Aziz Nik Mat mula memasuki dewan menandakan bermulanya acara yang bersejarah buat Abu Daud dan rakan-rakan seperjuangannya.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran disampaikan oleh naib johanHafazan Al_Quran peringkat kebangsaan tahun 2011. Beliau mengalunkan bacaan Al-Furqan menggunakan qiraat majmuk. Selepas itu ucapan aluan Pengerusi PERMATA menjadi halwa telinga sekalian yang hadir.

YAB Menteri Besar Kelantan selaku penaung PERMATA menyampaikan ucapan perasmian spontan yang sarat dengan tarbiyah Islam kepada semua. Meskipun ringkas, namun Tuan Guru sempat menekankan peri pentingnya usaha melahirkan para huffaz diliaptgandakan. Malahan, Tuan Guru mencabar agar para pendokong usaha melahrkan para huffaz ini melebarkan dakwah kepada masyarakat nonmuslim agar mereka dapat sama-sam mengecapi kemanisan Islam.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan sesi bergambar ahli keluarga di pentas utama. Tahniah kepada anakanda kami ini dan golongan seangkatannya pada hari yang amat bersejarah ini !

Mudah-mudahan ALLah swt permudahkan kusaha mereka untuk kekal sebagai golongan pemelihara kitab suci kita ini.








Friday, April 15, 2011

Sadong & Asajaya


Bersama YB Ustaz Firdaus, Ahli Parlimen Jerai di Sadong Jaya

14 - 16 April 2011


Ayah ke Bumi Kenyalang lagi.

Kali ini dengan sahabat-sahabat PASTI.

Jadual padat tapi menyenangkan hati.

Semoga keluarga yang tak pergi dilindungi Ilahi !

Ayah & Padi Huma Sadong Jaya

Bantu kereta rosak di hadapan Masjid Asajaya


Tunggu flligt di LCCT


Di atas feri Asajaya - Muara Tuang