Monday, November 26, 2012

Muktamar PAS Ke-58

Sesampainya ayah dari Kundasang, kami terus bersiap untuk ke Kota Bharu. Alhamdulillah pemergian selama dua hari itu begitu menghiburkan kami seisi keluarga.















Kundasang

Salam Sejahtera !

Saf MGP Sabah

With Cikgu Saamad - Orang kuat PASTI Sabah

Posing dengan Mr Bachok

Add caption

Main Ikan Kelah Hijau di Kg Luanti, Ranau.

Nak masuk ? Bayar 3 ringgit dulu.

Bowling - Aneh permainan ini !

Menyantuni Anak-anak Gelandangan di Pasar Filipina

Agak lama ayah tidak membuat posting. Sibuk hampir setahun. Dua minggu lepas ayah ke Kundasang. banyak juga pengalaman baru di situ. Syukur kerana ALLah berikan peluang dapat melawat tempat orang.


Saturday, December 17, 2011

Holiday or Job at Borneo ?











3 hari di Kuching . . . . .







3 hari di Kota Kinabalu



Wednesday, November 9, 2011

13 Zulhijjah 1432


Rabu

Last day of Tasyriq.

Syukur kepada ALLah genap tujuh ekor sembelihan ayah musim korban tahun ini.

Fasa terakhir disempurnakan di Rumah Sembelihan Chenderiang.

Tugasan pertama di pusat sembelihan ini sedikit menggentarkan perasaan ayah kerana suasananya sedikit berbeza dengan qurban di tempat sendiri mahupun di Poliklinik Kampar.

Namun dengan kehendak dan izin ALLah semuanya selesai sekitar jam 9.00 pagi.

Qurban 1


Qurban 2


Qurban 3
Qurban 4
Qurban 5

Qurban 6
Qurban 7

Sunday, November 6, 2011

Qurban 1432H - Kerbau !




10 Zulhijjah - Ahad

Lama betul ayah tak mencoret. Mungkin tiada peristiwa menarik.
Pagi ini ALLah izinkan ayah menyempurnakan sembelihan korban seorang jurutera yang sedang bertugas di Jordan.
Sebelum ini ayah hanya menyembelih lembu sahaja.
Memang mengujakan menyembelih kerbau besar nih.
Hasilnya hampir 100 kg daging solid. Siap untuk diagihkan terutama kepada golongan fuqara sekitar Kampar !

Friday, June 24, 2011

Ayah Ke Terengganu Lagi

Jumaat 22 Rejab 1432H

Jam 1600 ayah tiba di Hentian Puduraya. Banyak sungguh perubahan selepas dua tahun tidak ke sini. Sebelum ini, permusafiran ayah ke KL selalunya menjadikan KL Sentral atau Stesen LRT Bukit Jalil sebagai transit sebelum ke Gombak. Itulah rutin ayah dua minggu sekali meninggalkan kami demi tugas kepada organisasi Islam.

Menurut ayah suasana di Hentian Puduraya begitu ceria sekali. Imej baru ini begitu sesuai dengan kedudukan dan fungsinya sebagai medan pertemuan kenderaan awam darat terulung negara.

Hentian Puduraya dari luar

Inside Puduraya

Platform ke bawah

Macam kat airport

Selesa dan nyaman

Dari situ ayah ke Stesen LRT Masjid Jamek. Menggunakan laluan pejalan kaki ini mengingatkan ayah dengan aktiviti sewaktu belajar di maktab dan ILHAM dahulu. Walaupun sudah tidak secergas dahulu, namun ayah amat bersyukur kepada ALLah SWT kerana memberikan kesempatan serta kesihatan yang baik bagi meneruskan tugasan yang telah diamanahkan oleh jemaah.

Ayah masih mampu menjelajah ke seluruh negara sama ada berkenderaan sendiri dengan kami ataupun rakan-rakannya. Kadang-kadang ayah sendirian menggunakan kenderaan awam berupa bas, teksi, kereta api, komuter, LRT sehingga kepada pesawat udara.

Jam 2005 nanti ayah akan berangkat ke Kuala Terengganu menggunakan perkhidmatan Air Asia dari LCCT. Semoga ayah selamat pergi dan balik. Itu sahaja doa kudus ibu dan kami setiap masa.

Maklumat Penerbangan Ayah

Tenang kerana tak ramai orang petang ni..

Baik makan kat tempat lain je...

Biasanya penuh, mungkin hujung bulan ..