Friday, June 24, 2011

Ayah Ke Terengganu Lagi

Jumaat 22 Rejab 1432H

Jam 1600 ayah tiba di Hentian Puduraya. Banyak sungguh perubahan selepas dua tahun tidak ke sini. Sebelum ini, permusafiran ayah ke KL selalunya menjadikan KL Sentral atau Stesen LRT Bukit Jalil sebagai transit sebelum ke Gombak. Itulah rutin ayah dua minggu sekali meninggalkan kami demi tugas kepada organisasi Islam.

Menurut ayah suasana di Hentian Puduraya begitu ceria sekali. Imej baru ini begitu sesuai dengan kedudukan dan fungsinya sebagai medan pertemuan kenderaan awam darat terulung negara.

Hentian Puduraya dari luar

Inside Puduraya

Platform ke bawah

Macam kat airport

Selesa dan nyaman

Dari situ ayah ke Stesen LRT Masjid Jamek. Menggunakan laluan pejalan kaki ini mengingatkan ayah dengan aktiviti sewaktu belajar di maktab dan ILHAM dahulu. Walaupun sudah tidak secergas dahulu, namun ayah amat bersyukur kepada ALLah SWT kerana memberikan kesempatan serta kesihatan yang baik bagi meneruskan tugasan yang telah diamanahkan oleh jemaah.

Ayah masih mampu menjelajah ke seluruh negara sama ada berkenderaan sendiri dengan kami ataupun rakan-rakannya. Kadang-kadang ayah sendirian menggunakan kenderaan awam berupa bas, teksi, kereta api, komuter, LRT sehingga kepada pesawat udara.

Jam 2005 nanti ayah akan berangkat ke Kuala Terengganu menggunakan perkhidmatan Air Asia dari LCCT. Semoga ayah selamat pergi dan balik. Itu sahaja doa kudus ibu dan kami setiap masa.

Maklumat Penerbangan Ayah

Tenang kerana tak ramai orang petang ni..

Baik makan kat tempat lain je...

Biasanya penuh, mungkin hujung bulan ..


No comments:

Post a Comment