Friday, December 3, 2010

Tour Guar Chempedak

Adik dan air kotaknya
Posing aki & kambing
Permaidani hijau di Tobiar
Pasca Banjir
Ja & Nor dan anak-anak
Posing Abang Yang
Peserta Kursus KAPP
Ayah di kaki Gunung Jerai
Ibu & Baihaqi
Tempat Ayah menyampaikan slot kursus
Dua beradik di RFC Laguna, Merbok.

Ibu dan rakan baiknya sewaktu di MPPM dulu.
Dua keluarga Perak & Kedah
Dua beradik dan ayam organik RFC
Ari ni genap umur Ayah . . . .
Tadi kami solat di sini
Anak di bilik penginapan
VIOS kami dan Rosma Homestay
Pesrta kursus
Ayah dan Pakcik Asyraf

Khamis , 02 Disember 2010

Jam 1520 kami mulakan perjalanan dengan bacaan doa. Ibu tak henti-henti berpesan supaya ayah membawa kereta dengan berhati-hati kerana sekarang musim hujan. Sepanjang perjalnanan diiringi oleh hujan lebat berselang-seli dengan hujan renyai-renyai.

Kami berhenti solat asar di Hentian Bukit Gantang. Ayah membawa anak-anak mengalas perut dengan nasi lemak dan kopi panas.

Syukur kepada ALLah kerana kamiselamat tiba di SAIF, Guar Cempedak sebelum waktu Maghrib. Kami terus bersolat jamak dan qasar di surau sekolah itu bersama-sama pelajar Insaniah yang kebetulan sedang bertamrin di situ.

Kami dibawa ke tempat penginapan, Rasma Homestay yang terletak di kaki Gunung Jerai. Ayah menyampaikan slot Kursus Asas Perguruan PASTI bagi guru-guru PASTI seluruh negeri Kedah sehingga jam 2330.

Sejuk dan nyaman sekali suasana di perkampungan ini. Selepas sarapan, ayah meneruskan slot kedua di tempat kursus. Kami yang tinggal berehat di rumah. Ayah membawa kami menunaikan solat Jumaat di Masjdi Kampung Titi Teras. Selepas solat, kami daftar keluar dan meneruskan perjalan an ke Naka kerana ada jemputan daripada rakan baik ibu.

Perjalanan ke Naka sungguh tenang. Kami terpesona dengan pemandangan sawah yang terbentang luas di sana. Suasana pasca banjir besar kembali aman dan harmoni. Pekan kecil Pokok Sena masih seperti dulu Cuma sepanjang jalan dari Alor Setar tadi dipenuhi dengan rancangan pembangunan, pelebaran jalan untuk keselesaan pada masa hadapan.

Kami habiskan dua jam yang bermanfaat bagi mengukuhkan lagi ukhwah di antara dua keluarga. Pertemuan diakhiri dengan jamuan yang begitu menyelerakan hasil masakan Cikgu Siti Nor. Setiap kami makan nasi dua pinggan berlaukkan kari ikan, masak kicap daging lembu dan tidak ketinggalan sepiring ikan puyu pekasam yang aromanya mampu mencairkan air liur.

Oleh kerana hari masih cerah, kami gunakan laluan Kubur Panjang – Pendang untuk memasuki Lebuh Raya Utara Selatan. Boleh tahan juga jauhnya, hamper satu jam barulah kami beraksi di atas PLUS via Pendang.

Kami solat Maghrib di RFC Laguna Merbok. Di situ kami raikan ayah yang kebetulan menyambut ulang tahun kelahirannya. Setelah doa ringkas dilafazkan, kami menjamu selera dengan hidangan yang ringkas kerana perut masih ada sisa makan petang di Kg Bukit, Naka tadi.

Baihaqi dan adiknya sibuk dengan aktiviti di taman permainan mini di luar RFC Laguna. Tepat jam 2030 kami meninggalkan RFC Laguna menuju ke selatan. Kami singgah di Markaz PAS Air Kuning kerana ayah ada program Liqa Fikri di situ. Malam ini pengisian disampaikan oleh Haji Roshidi Husin, seorang peguam terkenal dari Pulau PPinang.

Malam ini mungkin kami akan tidur di rumah PASTI Perak, Bandar Meru Raya kerana tenaga ayah untuk memandu hampir habis. Esok dengan izin ALLah kami akan balik ke rumah setelah menjemput abang kepada dua beradik ini di MTQ Tualang Sekah.

No comments:

Post a Comment