Friday, December 3, 2010

Tour Guar Chempedak

Adik dan air kotaknya
Posing aki & kambing
Permaidani hijau di Tobiar
Pasca Banjir
Ja & Nor dan anak-anak
Posing Abang Yang
Peserta Kursus KAPP
Ayah di kaki Gunung Jerai
Ibu & Baihaqi
Tempat Ayah menyampaikan slot kursus
Dua beradik di RFC Laguna, Merbok.

Ibu dan rakan baiknya sewaktu di MPPM dulu.
Dua keluarga Perak & Kedah
Dua beradik dan ayam organik RFC
Ari ni genap umur Ayah . . . .
Tadi kami solat di sini
Anak di bilik penginapan
VIOS kami dan Rosma Homestay
Pesrta kursus
Ayah dan Pakcik Asyraf

Khamis , 02 Disember 2010

Jam 1520 kami mulakan perjalanan dengan bacaan doa. Ibu tak henti-henti berpesan supaya ayah membawa kereta dengan berhati-hati kerana sekarang musim hujan. Sepanjang perjalnanan diiringi oleh hujan lebat berselang-seli dengan hujan renyai-renyai.

Kami berhenti solat asar di Hentian Bukit Gantang. Ayah membawa anak-anak mengalas perut dengan nasi lemak dan kopi panas.

Syukur kepada ALLah kerana kamiselamat tiba di SAIF, Guar Cempedak sebelum waktu Maghrib. Kami terus bersolat jamak dan qasar di surau sekolah itu bersama-sama pelajar Insaniah yang kebetulan sedang bertamrin di situ.

Kami dibawa ke tempat penginapan, Rasma Homestay yang terletak di kaki Gunung Jerai. Ayah menyampaikan slot Kursus Asas Perguruan PASTI bagi guru-guru PASTI seluruh negeri Kedah sehingga jam 2330.

Sejuk dan nyaman sekali suasana di perkampungan ini. Selepas sarapan, ayah meneruskan slot kedua di tempat kursus. Kami yang tinggal berehat di rumah. Ayah membawa kami menunaikan solat Jumaat di Masjdi Kampung Titi Teras. Selepas solat, kami daftar keluar dan meneruskan perjalan an ke Naka kerana ada jemputan daripada rakan baik ibu.

Perjalanan ke Naka sungguh tenang. Kami terpesona dengan pemandangan sawah yang terbentang luas di sana. Suasana pasca banjir besar kembali aman dan harmoni. Pekan kecil Pokok Sena masih seperti dulu Cuma sepanjang jalan dari Alor Setar tadi dipenuhi dengan rancangan pembangunan, pelebaran jalan untuk keselesaan pada masa hadapan.

Kami habiskan dua jam yang bermanfaat bagi mengukuhkan lagi ukhwah di antara dua keluarga. Pertemuan diakhiri dengan jamuan yang begitu menyelerakan hasil masakan Cikgu Siti Nor. Setiap kami makan nasi dua pinggan berlaukkan kari ikan, masak kicap daging lembu dan tidak ketinggalan sepiring ikan puyu pekasam yang aromanya mampu mencairkan air liur.

Oleh kerana hari masih cerah, kami gunakan laluan Kubur Panjang – Pendang untuk memasuki Lebuh Raya Utara Selatan. Boleh tahan juga jauhnya, hamper satu jam barulah kami beraksi di atas PLUS via Pendang.

Kami solat Maghrib di RFC Laguna Merbok. Di situ kami raikan ayah yang kebetulan menyambut ulang tahun kelahirannya. Setelah doa ringkas dilafazkan, kami menjamu selera dengan hidangan yang ringkas kerana perut masih ada sisa makan petang di Kg Bukit, Naka tadi.

Baihaqi dan adiknya sibuk dengan aktiviti di taman permainan mini di luar RFC Laguna. Tepat jam 2030 kami meninggalkan RFC Laguna menuju ke selatan. Kami singgah di Markaz PAS Air Kuning kerana ayah ada program Liqa Fikri di situ. Malam ini pengisian disampaikan oleh Haji Roshidi Husin, seorang peguam terkenal dari Pulau PPinang.

Malam ini mungkin kami akan tidur di rumah PASTI Perak, Bandar Meru Raya kerana tenaga ayah untuk memandu hampir habis. Esok dengan izin ALLah kami akan balik ke rumah setelah menjemput abang kepada dua beradik ini di MTQ Tualang Sekah.

Sunday, November 28, 2010

Musafir & Adik








21 Zulhijjah 1431 - Ahad, 28112010

Pagi-pagi lagi dah kejutkan adik untuk menunaikan solat subuh. Malam tadi sbuk dia merengek kepada ibunya minta disiapkan pakaiannya untuk ke KL dengan ayah.

Selesai ke pasar dan kerja housekeeping di luar rumah, ibu menghantar adik dan ayahnya ke Stesen KTM Kampar.

Perjalanan mengikut jadual. Ketenangan dan keselesaan di dalam koc tambang murah ini membuatkan adik seperti biasa................. tidur.

Tiba di KL Sentral jam 1220. Adik begitu teruja melihat pemandangan baru. Memang pengalaman menaiki kenderaan awam ini amat menyeronokkan dia.

Perjalanan hampir 35 minit ke Gombak dipenuhi dengan pertanyaan dan gelak ketawa adik. Memang dia seronok menaiki LRT. Tambahan pula laluan Kelana Jaya - Gombak ini ada jalan bawah tanah, daratan dan jalan atas.

Kami lengkapi musafir ini dengan menaiki teksi ke Taman Samudera. Syukur perjalanan lancar dengan bayaran RM7.50 kami tiba di pejabat tepat jam 1300.

Sebelum solat kami mengisi perut di restoran bawah pejabat. Selepas solat jamak dan qasar, ayah sibuk dengan kerja-kerjanya. Adik pula menyibukkan diri dengan menonton siaran televisyen sehingga enggan melayan panggilan video skype kawan baik dan saudaranya AKIYE.

Seharian adik terlalu bosan kerana tidak dapat menonton televisyen di bilik mesyuarat lalu ........... tidur.

Wednesday, November 17, 2010

Qurban 1431 H






Rabu 10 Zulhijjah, 17 November 2010.

Jam 1000 kami telah bersedia di perkarangan Masjid Jamek Kampar bagi melaksanakan ibadah Qurban 1431 H. Tahun ini kami hanya mampu menguruskan sebanyak empat ekor sahaja ternakan qurban dek penangan saiz medan qurban yang semakin sempit.

Tadinya Ustaz Amir telah menyampaikan khutbah Aidil Adha di sini selepas solat sunat Hari Raya Qurban.




Pasukan penumbang mengambil masa selama 10 minit untuk menumbangkan lembu pertama. Tepat jam 1012 qurban pertama selesai disembelih. Hebat jugak penangan besi parang Manek Urai nih. Walaupun belum pernah diasah, namun sembelihannya masih lagi mantap dan licin.






Sembelihan seterusnya terpaksa diserahkan kepada Bob dan Man A kerana panggilan daripada Poliklinik Kampar telah tiba. Pasukan di sana telah selesai menumbangkan dua ekor lembu, hanya menunggu parang penyembelihnya.

Tepat jam 1027 putuslah nyawa lembu pertama di Poliklinik Kampar tahun ini. Namun matinya tidak sia-sia kerana memenuhi tuntutan agama.






Lima minit kemudian, lembu kedua pula mengikuti jejak rakannya tadi. Seleai menjamah sedikit air di situ, kami tinggalkan poliklinik itu bagi menyelesaikan kerja yang masih menunggu di Masjid Jamek Kampar.


Sunday, November 7, 2010

Ayah kat Tawau lagi . . . .

Bersama KP PASTI Malaysia di Lapangan Terbang Tawau.
Majlis Penyampaian Sumbangan Mangsa Banjir di PASTI Kg Pasir Putih

Tempat Ayah Menginap di Tawau
Ayah kat Bilik Hotel Shervinton
Sumbangan oleh Wakil Harakah

Bersama Akhie Harizam, Pahlawan Brunei
Kenangan di Hadapan Pasar Tawau
Di Lobi Hotel
Gambar Kenangan dengan Ketua Pemuda Tawau

Di dalam Masjid Biru, Bandar Tawau
Memori PASTI Kg Pasir Putih
Sumbangan kepada PASTI Tawau

Friday 05 Nov 2010

Ayah ke Tawau lagi atas urusan jamaah. Seawal jam 9.45 malam ibu dan anak-anak hantar ayah ke Steseen Keret Api Kampar. Syukur, hari tak hujan kerana ibu menghadapi kesukaran memandu sewaktu hujan,
Flight ayah jam 7.15 pagi. Selepas menunaikan solat di Surau Balai Berlepas LCCT, ayah menaiki pesawat Air Bus 320 untuk menghabiskan dua jam 45 minit penerbangan ke Tawau.
Ayah selamat tiba kembali ke LCCT pada jam 9.45 malam Isnin 07 Nov. 2010.