Saturday, December 25, 2010

Ayah di Grand Blue Wave, Shah Alam






Sabtu, 19 Muharam 1432 H

Ayah tiba di tempat Konvensyen Pendidikan Islam 2010 tepat jam 1.00 petang. Tadi tiga jenis kenderaan pengangkutan awam telah digunakan untuk sampai ke sini.

Syukur kepada ALLah, kemudahan di tempat ini begitu mengujakan hati. Selepas solat, ayah terus turun ke lobi untuk membantu kerja-kerja pendaftaran.

Tugas di meja pendaftaran diteruskan hingga jam 7.15 malam. Ayah bertugas mengiringi Dato; Haji Abu Bakar Chik ke bilik jamuan.

Thursday, December 23, 2010

Tour Melaka to Johor

Day Fifth

Malam tadi kami tidur di rumah kawan baik ibu, Cikgu Zalina di Taman Seri Lambak, Kluang.
Mesra sungguh layanan mereka sekeluarga. Walaupun kami semua masih lemah akibat sakit perut tetapi terpaut kami akan sambutan Cikgu Muslim sekeluarga. Moga ALLah mengurniakan rahmat dan keselamtan kepada mereka.
Jam 0740 kami meninggalkan rumah Cikgu Zalina menuju ke Kampar.


Tahun 2007 ayah pernah berkursus di sini

Ayah dan Cikgu Muslim
Ibu dan Cikgu Zalina
Anak-anak dua ibu
Sebahagian pemandangan Bandar Kluang

Wednesday, December 22, 2010

Tour Melaka to Johor

Day Four

Ziarah ke Kota Tinggi hingga ke SK Lok Heng Selatan. Anak-anak semua lembik seperti kain buruk kerana sakit perut.


Kat sini Abang Daud muntah.

Pusat Kesihatan Lok Heng, tempat anak-anak mendapatkan rawatan.


Dulu bangunan ini belum wujud di Kota Tinggi
Rumah pertama ayah di Felda Lok Heng
Pintu masuk Gugusan Lok Heng
Ayah mengajar di sini 90 - 93
Masjid Jamek Kota Tinggi
Mengimbau kenangan 17 tahun yang silam

Tuesday, December 21, 2010

Tour Melaka to Johor

Day Three

Seawal jam 0630 kami telah memenuhi kolam renang SBR ini. Peluang bersantai ini kami gunakan sepuas-puasnya untuk melayan anak-anak yang selalu ditinggalkan. Tiga beradik ini masih gagal mewarisi kehebatan bapa mereka berenang. Faktor persekitaran yang tidak memungkinkan mereka mempelajari kemahiran ini daripada alam ciptaan Yang Maha Kuasa.

Selepas bersarapan Cikgu Kadir mula mengendalikan acara sukaneka Hari Keluarga PASTI Malaysia. Temasya berlangsung dengan meriah hingga jama 1215. Syukur keluarga kami berjaya meraih dua hadiah menerusi Ibu dan Baihaqi.

Makan tengah hari cukup menyelerakan. Selepas mengemaskan pakaian dan Solat Zohor kami turun ke bawah untuk mengambil gambar kenangan. Tepat jam 1430, kami meninggalkan SBR meskipun ada lagi satu acara lawatan ke Pusat Falak Al-Khawarizmi bersebelahan resort ini. Ayah telah menetapkan temu janji dengan Pakcik Haji Mohd Noor Affendy di rumahnya, Kg Separap, Batu Pahat.

Menurut ayah, teman sebiliknya sewaktu di Maktab Perguruan Teruntum ini sudah terpisah selama lebih daripada 20 tahun. Kesempatan ziarah ke selatan ini ayah gunakan untuk menghubungkan kembali tali silaturrahim. Kebetulan pula Haji Mohd Noor baru pulang daripada mengerjakan Ibadah Haji bersama isterinya.

Meriah dan mesra sungguh sambutan Haji Mohd Noor sekeluarga kepada kami. Oleh kerana itu, ayah mengambil keputusan untuk kami merehatkan diri malam ini di Kg Separap. Esok pagi-pagi lagi kami akan ke Bandar Kota Tinggi untuk meneruskan ziarah ke selatan tanah air tercinta ini.

Monday, December 20, 2010

Tour Melaka to Johor

Day Two

Tiba Melaka jam 1145.

Ziarah Masjd Al-'Azim dan IPPM ( Nostalgia Ja )

Ibu di pintu utama IPPM

Kenangan di pintu masuk Masjid Negeri Melaka


Jawatankuasa Harian PASTI Malaysia di tepi kolam SBR.


Ayah dan Ibu di Lobi Samudera Bidara Resort


Sunday, December 19, 2010

Tour Melaka to Johor

1st Day

Ahad 13 Zulhijjah 1432H

Journey start at 1230.

Solat dan rehat di Masjid Kalumpang.

Layan anak-anak mandi kat Sungai Tua




1645 bertenang di pejabat.

Ziarah Dan di Cure 4U, Seri Alam.

1159 lelap di pejabat

Oooops Kg Pisang






Ahad 19 Disember 2010

Mula dengan taklimat dan sarapan di rumah Halim.

Operasi berjaya mencapai matlamat di Kg nangka, Kg Dewan dan Kg Jawa.

Sunday, December 12, 2010

Kerja Kebajikan di Changkat Legong
















Ahad 06 Muharam 1432H

Mula Jam 0900. Tamat 1300

Jazakallah kepada semua.