Friday, June 24, 2011

Ayah Ke Terengganu Lagi

Jumaat 22 Rejab 1432H

Jam 1600 ayah tiba di Hentian Puduraya. Banyak sungguh perubahan selepas dua tahun tidak ke sini. Sebelum ini, permusafiran ayah ke KL selalunya menjadikan KL Sentral atau Stesen LRT Bukit Jalil sebagai transit sebelum ke Gombak. Itulah rutin ayah dua minggu sekali meninggalkan kami demi tugas kepada organisasi Islam.

Menurut ayah suasana di Hentian Puduraya begitu ceria sekali. Imej baru ini begitu sesuai dengan kedudukan dan fungsinya sebagai medan pertemuan kenderaan awam darat terulung negara.

Hentian Puduraya dari luar

Inside Puduraya

Platform ke bawah

Macam kat airport

Selesa dan nyaman

Dari situ ayah ke Stesen LRT Masjid Jamek. Menggunakan laluan pejalan kaki ini mengingatkan ayah dengan aktiviti sewaktu belajar di maktab dan ILHAM dahulu. Walaupun sudah tidak secergas dahulu, namun ayah amat bersyukur kepada ALLah SWT kerana memberikan kesempatan serta kesihatan yang baik bagi meneruskan tugasan yang telah diamanahkan oleh jemaah.

Ayah masih mampu menjelajah ke seluruh negara sama ada berkenderaan sendiri dengan kami ataupun rakan-rakannya. Kadang-kadang ayah sendirian menggunakan kenderaan awam berupa bas, teksi, kereta api, komuter, LRT sehingga kepada pesawat udara.

Jam 2005 nanti ayah akan berangkat ke Kuala Terengganu menggunakan perkhidmatan Air Asia dari LCCT. Semoga ayah selamat pergi dan balik. Itu sahaja doa kudus ibu dan kami setiap masa.

Maklumat Penerbangan Ayah

Tenang kerana tak ramai orang petang ni..

Baik makan kat tempat lain je...

Biasanya penuh, mungkin hujung bulan ..


Friday, June 10, 2011

Kota Bahru











10 - 11 Jun 2011

Selepas tidur selama tiga jam ayah memandu kereta membawa kami menguruskan hal walimah Paksu di Tanah Merah, Kelantan.
Syukur perjalanan lancar dan kami tiba di tempat berehat sebelum jam 1.00 petang.
Kami solat Jumaat di Masjid akmpung Chekok, Pasir Mas.
Urusan pertunangan Paksu selesai pada jam 5.15 petang.
Kami berehat di Kota Jembal ( rumah Makcik Nuna ) sampai ke pagi Sabtu.
Ayah ke LT Pengkalan Chepa menjemput Cikgu Jaafar untuk urusan latihan guru PASTI Kelantan.
Kami pergi makan kenduri mak saudara Pakcik ZUL di Kubang Kerian.

Thursday, June 9, 2011

Bawah Bayu Day Two

Solat kami di Masjid Kundasang
Rehat kami di Homestay ini.

Cuba mengandar beg porter Gunung Kinabalu ( 27 kg )
Mesra Ikan-ikan di Pasar Ikan KK


Makanan tengah hari ayah. Jam 4.00 petang di Res. Intan, Kundasang


Cerunan kebun sayur, pinggir jalan Kinabalu Park.
Bersama Cikgu Azhari, belakang kami Gunung Kinabalu.


Kubu askar Australia yang mati dipancung Jepun dulu !

Nak masuk kena bayar RM 2.00


Ari nih seharian ayah melawat Kundasang dan kaki Gunung Kinabalu.

Tuesday, June 7, 2011

Ayah ke Negeri Bawah Bayu








Selasa 07 Jun

Pagi lagi ayah meninggalkan ibu dan anak untuk menjalankan tugas jemaah di Kota Kinabalu.

Pagi Jumaat nanti dengan izin ALLah, ayah akan pulang dan bawa kami ke Kelantan dan Terengganu.

Moga ayah selamat pergi dan balik.

Pesan buat Abang Daud - Tolong ibu buat kerja rumah, ajar adik-adik mengaji, jangan kacau dan marah adik-adik.

Pesan buat Baihaqi dan Adik - bangun awal solat subuh, jangan bergaduh. Minta izin ibu kalu nak buat sesuatu.

Saturday, June 4, 2011

Ayah kat Mukatamar ke-57







Jumaat hingga Ahad awal Jun



Ayah di Taman Melewar selama tiga hari menyelesaikan tugasan jemaah . . . .