Monday, March 29, 2010

Kursus PPDa



Namanya pelik sedikit. Kursus ini menjangkau rutin harian. Biasanya kita berurusan dengan alat, tetapi kali ini dengan manusia.
Syukur kepada ALLah, sesekali berubah angin nih seperti charge bateri . . . . . . . . . . .

Daftar masuk jam 1730 Isnin 29 Mac. Hotel Fair Park nampak selesa, Wifi pun not bad bagi menghabiskan kursus hingga petang Rabu nanti.





Thursday, March 4, 2010

Sampai ke Noktah ....

Jumaat 19 Rejab - 02 Julai 2009

Sebelum zohor memulakan perjalanan ke Gombak. Singgah solat Jumaat di Masjid Tapah. Adik lena di belakang. Banyak perkara yang disembangkan Uma mengenai hasratnya ke tanah suci tahun ini. Moga ALlah kabulkan.

Tiba di pejabat jam 1730. Buat kerja skype dengan Kamarul dan Zamadi. Selepas maghrib makan dan terus bermesyuarat sehingga jam 2330. Jamil telefon maklumkan Beliau ( AF Ustaz Shuib ) dihantar ke Hospital Kampar kerana tenat. Kami berehat sebentar setelah mendoakan keselamatan beliau.

Jam 0130 Jamil maklumkan AF Ustaz Shuib telah menyahut panggilan Ilahi. Al-Fatihah kemi sedekahkan dan buat keputusan untuk balik ke Kampar selepas subuh esok.

Di dalam perjalanan pulang sempat bertanyakan persiapan Jemaah untuk menguruskan pengkebumian Beliau. Jamil dan Lobai memaklumkan segalanya telah dimesyuaratkan dan tanggung beres.

ALlah menyelamatkan perjalanan kami dan tiba di Masjid AnNur tepat jam 1040. Solat jenazah dimulakan tepat jam 1100. Moga ALLah tempatkan Beliau di kalangan umat yang beriman dan beramal soleh......... amin.

Petikan Ihsan dari Ustaz Misbah



Malamnya hadir di majlis tahlil di kediaman anak. Ketika menjamah makanan Jamil maklumkan anakanda sulung Zameri di langgar kereta berhampiran tanah perkuburan Jeram. Teman ajak Jemi, Bon dan Azhar ke sana. Buat sedikit tinjauan dan standby di rumah Jamil hingga 0030 kerana Hanif terus dikejarkan oleh ambulans ke Hospital Ipoh.

Hampir jam 0100 Jamil telefon lagi dan sampaikan berita sedih yang Hanif juga telah berpulang menghadap PenciptaNya. Al-Fatihah untuk Ketua Pemuda Kg Jeram yang kami sayangi ini.