Friday, April 15, 2011

Sadong & Asajaya


Bersama YB Ustaz Firdaus, Ahli Parlimen Jerai di Sadong Jaya

14 - 16 April 2011


Ayah ke Bumi Kenyalang lagi.

Kali ini dengan sahabat-sahabat PASTI.

Jadual padat tapi menyenangkan hati.

Semoga keluarga yang tak pergi dilindungi Ilahi !

Ayah & Padi Huma Sadong Jaya

Bantu kereta rosak di hadapan Masjid Asajaya


Tunggu flligt di LCCT


Di atas feri Asajaya - Muara Tuang

Monday, April 11, 2011

Putera Sulung Kami Khatam Hafazan Al-Furqan

10 April 2011

Syukur kepada ALLah kerana putera sulung kami, Abu Daud telah berjaya mengkhatamkan hafazan Al-Quran pada Jumaat lepas.



Kasih Ibu kepada Anakandanya

Inilah hadiah yang paling bermakna buat Ibu dan Ayah yang sering mendoakan kejayaan anakanda ini.

Adik-adik turut bergembira dan bersyukur dengan berita ini. Tidak ketinggalan Acu, Opah dan Atuk di kampung.


Semoga ALLah menganugerahkan kejayaan kepada anakanda kami, Abu Daud dalam usaha pengajiannya,

1 Mei nanti, Abu Daud bersama dengan rakan sepengajian yang lain dari seluruh negara akan berkampung di Balai Islam Lundang, Kota Bharu Kelantan untuk menerima syahadah hafazan Al-Quran. Dengan izin ALLah, anugerah itu akan disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Hari ini ibu bermurah hati membelanja kami sekeluarga makan di RFC, Silibin.


Makan Sedap !

Tuesday, April 5, 2011

Tiga Bandara



Ayah sempat melawat ke tiga buah LT cuti pendek hujung minggu lepas. kebanyakan pemandangannya sama, iaitu orang keluar masuk LT untuk pergi dan balik dari berbagai destinasi.

Sunday, April 3, 2011

Tour D Muara to Jepak

















Jumaat 01 April 2011

Flight ke Kuching jam 0710. Kami tiba awal di LCCT pagi tadi. Dapat jugak tidur dalam shuttle train dan sky bus.


Penerbangan hampir dua jam tidak terasa sangat kerana masih mengantuk. Uma betul-betul lena dalam Air Bus 320 nih. Selesai urusan imigresen hamper jam 0930. Sempat jugak surfing di meja McD LT Kuching sebelum Junaidin datang menjemput kami.

Perjalanan ke Desa Ilmu mengambil masa lebih kurang 45 minit. Selesai menjemput adik Din dan anaknya di klinik, kami menghantar mereka pulang ke Kampung Merenik, betu-betul di hadapan SK Kampung Merenik. Mudah jugak urusan kali ini kerana Junaidin ada darah dagingnya di Bumi Kenyalang.

Rumah kembar dua yang dijadikan homestay ini berjaya disewa oleh BPP Perak sebagai stesen para petugas sepanjang kempen PRK ini. Harganya boleh tahan di bawah RM 1.2 K Setakat ini, tempat menginap ini boleh diberi markah A jika dibandingkan dengan beberapa PRK lalu.

Solat Jumaat di Masjid Inst. Perguruan TAR Kota Samarahan yang terletak tidak jauh dari homestay kami. Selepas solat kami lena sebentar sementara menunggu sahabat-sahabat pulang dari Kuching. Sambil menunggu, kami keluar untuk meninjau lokaliti dan beramah-mesra dengan penduduk sekitar Desa Ilmu ini. Kami singgah mengisi perut di Warung 2000. Boleh tahan jugak rasa makanan di sini. Maklumlah hidangan terakhir kami adalah pada jam 0400 tadi di LCCT.

Selepas solat Maghrib, kami ke rumah Kak Noraini di Kg Tanjung Dundong, calon kita di Muara Tuang. Sambutan oleh pengundi setempat amat menggalakkan dan begitu mengharukan perasaan. Debute PAS nampaknya amat positif ! Taaruf dan perbincangan selesai sekitar jam 2300. OTW home, kami singgah minum di JJ Kafetaria bersebelahan Petronas Desa Ilmu.

Mesyuarat kecil di kediaman kami membincangkan beberapa perkara penting berkaitan logistik. Selesai jam 0030 kami pun merehatkan diri untuk menanti tugas seterusnya esok..............