Saturday, July 3, 2010

Sampai ke Noktah ....

Jumaat 19 Rejab - 02 Julai 2009

Sebelum zohor memulakan perjalanan ke Gombak. Singgah solat Jumaat di Masjid Tapah. Adik lena di belakang. Banyak perkara yang disembangkan Uma mengenai hasratnya ke tanah suci tahun ini. Moga ALlah kabulkan.

Tiba di pejabat jam 1730. Buat kerja skype dengan Kamarul dan Zamadi. Selepas maghrib makan dan terus bermesyuarat sehingga jam 2330. Jamil telefon maklumkan Beliau ( AF Ustaz Shuib ) dihantar ke Hospital Kampar kerana tenat. Kami berehat sebentar setelah mendoakan keselamatan beliau.

Jam 0130 Jamil maklumkan AF Ustaz Shuib telah menyahut panggilan Ilahi. Al-Fatihah kami sedekahkan dan buat keputusan untuk balik ke Kampar selepas subuh.

Di dalam perjalanan pulang kami banyak bersembang tentang kebaikan dan tarbiah yang Beliau curahkan kepada jemaah. Secara peribadi, teman banyak terhutang budi kepada Beliau, guru dan teman rapat sepanjang 11 tahun sebagai petugas jemaah ini. Moga ALLah tempatkan Beliau di dalam golongan para syuhada kelak.

Seterusnya berita ihsan daripada Ustaz Misbah ...

AL MARHUM UST SHUIB HUSEIN SELAMAT DIKEBUMIKAN

Para pimpinan PAS negeri, ahli-ahli PAS seluruh Perak, saudara mara dan sahabat handai al Marhum telah memberi penghormatan terakhir al Marhum Ust Shuib Husein di rumah anak perempuannya di Taman Sejahtera Utama, Kampar.Orang ramai mulai menziarahi Al Marhum sejak awal pagi lagi. Jenazahnya disolatkan di Masjid An Nur Kampar jam 11 pagi diimami oleh Ustaz Abu Bakar Husein , Pesuruhjaya PAS Perak. Kemudian Al Marhum dikebumikan di perkuburan Islam Kampar, bacaan talqin diketuai oleh Ust. Ibrahim Astar, Ketua Urusan Ulama PAS Kampar.Al Marhum meninggalkan 5 orang anak, seorang perempuan dan empat lelaki, kesemua anaknya masing-masing telah mendirikan rumah tangga. Al Marhum seorang yang gigih dalam perjuangan. Beliau menerajui kepimpinan PAS Kampar yang paling awal sejak ditubuhkan sehinggalah beliau tidak lagi boleh bergerak akibat keuzuran. Beliau keuzuran kerana sakit jantung, darah tinggi dan stroke.



Malamnya hadir tahlil di kediaman anak Beliau di Taman Sejahtera.Sewaktu menjamah makanan, Jamil telefon beritahu Hanif anak Zameri dilanggar kereta di Kampung Jeram. Kami bergegas ke sana. Buat tinjauan di tempat kejadian kerana Hanif telah dihantar ke Hospital Ipoh ( cedera parah ). Jam 0030 kami tiggalkan Kg Jeram untuk berehat sebentar di rumah.

Jamil telefon sekali lagi hampir jam 0100 memaklumkan Hanif telah dijemput oleh Yang Maha Kuasa dengan sebutan kalimah ALlah senantiasa dibibirnya. Al-Fatihah kami sedekahkan kepada ALlahyarham Hanif, pemuda yang kami kasihi atas peribadinya.

Takziah kepada kedua-kedua keluarga pejuang ini.