Tuesday, June 15, 2010

Sekeluarga di RFC Laguna





Right now kami melayan anak-anak di tempat ini. Tadi kami dibekalkan dengan dua bungkus nasi lemak oleh Cikgu Norizan yang baik hati di Sungai Batu Pahat , Perlis.

Ja memesan 10 ketul ayam goreng biasa. Tak mahu yang pedas sebab AD sakit bibir.


Kenyang bettul anak=anak hari ini. Syukur kepada Ilahi kerana beri kesempatan kepada kami
.............

Monday, June 14, 2010

Adik Domom


Abu Daud memang dah demam sejak Sabtu lepas. Hari ini mula beransur kebah.


Setelah puas mandi di kolam sewaktu panas, ditambah lagi dengan penangan durian Balik Pulau.
Maka Adik jatuh demam di Seri Malaysia, Pulau Pinang.


Moga cepat kebahnya kerana kami akan meneruskan perjalanan ke Sungai Batu Pahat, Perlis. Itu doa kami ke hadrat Ilahi.

Saturday, June 12, 2010

Tour Muktamar 56





Bertolak dari rumah Jamil tepat jam 1440. Solat Asar di Hentian Sungai Perah, Gerik. Lousy sungguh fasiliti tandas di situ. Memalukan !
Perjalanan dengan VIOS Pak Imam tenag dan lancar. 2045 kami tiba di PUTIK. Selesai uruskan pendaftaran kami dengar kuliah Ustaz Azhar Idrus sehingga tamat di surau.
Kami makan di gerai hadapan Balai Polis PC. Makanan boleh tahan, yang tak tahan harganya……………
Tiba di Masjid Baung Besar jam 2230. Selepas solat sunat kami terus lelapkan mata. Uma lolap sungguh dengan dengkuran yang lembut. Jamil tak boleh lena. Myself till 0300 sahaja kerana sakit dada tidur di atas marmar.
Awal kami membersih diri pagi itu. Ini kelebihan tidur di masjid. Solat Subuh berjemaah pasti terjamin. Imam masjid tak datang pagi ni. Keletihan kenduri masuk rumah baru kot. Gantian, siak yang jadi imam baca surah biasa saja tanpa sujud Sajadah.
Selepas subuh, kami memenuhi jemputan Bidan Tok Mun meraikan cucu barunya. Myself dapat peluang memotng sedikit rambut bayi itu bersama dua orang tempatan yang lain ( Roslan Lumut dan Zul Baung ).
Kami terus ke PUTIK untuk mendengar ucapan dasar Mr President dan persmian muktamar ke-56. Banyak nasihat, teguran dan permintaan Mr President yang perlu diberi perhatian oleh semua pendokong jamaah demi meneguhkan perjuangan.
Solat Jumaat di Masjid Langgar setelah check in di SDI Motel. Masjid tiga tingkat ni sarat dengan jemaah tempatan dan luar. Oleh kerana tidak banyak kedai makan yang menjalankan perniagaan hari ini, kami makan di Restoran Nasi Kandar bersebelahan Bangunan Mutiara. Sepinggan nasi dengan sepotong ikan kari ditebus dengan harga RM5/. Sekali lagi, boleh tahan harga waktu cuti nih !
Selepas rehat aku sakit gigi ................ terlalu............ terus tidur

Saturday, June 5, 2010

Tour PCB Jun

Sabtu 22 Jumadilakhir - 05 Jun 2010

Perjalanan semalam amat tenang dan ALLah mengizinkan kami tiba di Kota Bharu jam 1830.
Rehat semalaman selepas melayan Nuna & Family.


Paginya bergegas ke Kedai Buluh. Menjalankan khidmat kepada jemaah di situ hingga 1830 juga.

Selesai membentangkan kertas, anak-anak turun ke kantin. Sebelum itu mereka telah diberikan peluang untuk bermain dengan seekor anak musang oleh Abang Him. Comel sungguh anak musang itu !

Kami terus ke Taman Chendana. Selepas solat Maghrib dan berehat seketika, bawak Ja dan anak-anak ke Pasar Raya Mydin di Kubang Kerian. Barang=barang dan harganya ok tapi tempat parkingnya bermasalah. Satu jam setengah ken a bayar tiga ringgit. Mahalnya ! Mydin Mall Kualala Terengganu lebih hebat dari tempat ini tetapi parkingnya tak kena bayar sesen pun !

Pagi Ahad cadangnya nak berjalan-jalan di sekitar Kota Bandar Raya Islam. Selepas itu kemi akan ke rumah mentua Nuna untuk makan kenduri walimah adik iparnya.