Monday, August 23, 2010

Bandar Patin

12 Ramadhan 1431H / Ahad

Cuti biasa digunakan untuk berehat bersama keluarga. Namun bagi penggerak jemaah, cuti le masa yang ada untuk menyelesaikan banyak tugasan.

Jemput Haji Saleh di kediamannya sebelum azan subuh. Kami bercadang solat di dalam perjalanan.Selepas solat di Masjid Batu Tiga Tapah terus ke Gombak. syukur pintu pejabat dah dibuka oleh Kamarul. Ada 30 mminit lagi sebelum dijadualkan bertolak dengan kereta Altis Mazli jam 9.00 pagi.

Rehat dan tidur sejuling ( istilah Haji Saleh ) di pejabat. Mazli datang tepat dan perjalanan ke Temerloh dietruskan dengan tenang. menyelusuri jalan bergunung di Karak mengingatkan teman sejarah di maktab dulu. Jalan ini sering dilalui setiap kali ke Kuantan 86 - 88 yang silam.
Tidak banyak perubahan sepanjang perjalanan. Pekan kecil Lanchang tetap seperti dulu, deretan kedai koboinya menyentuh perasaan. Tiba di Temerloh kami dilencongkan oleh Pasar Paginya yang begitu meriah dan padat dengan warga Temerloh yang turun membeli keperluan harian menyambut waktu berbuka nanti. Kami ke Masjid Abu Bakar, Temerloh. Dulu inilah stesen lepak kami during praktikum kat Tanjung Perang. Terpandang bangunan Tabung Haji, kat bawah itu letaknya Bank Islam, tumpuan kami setiap hujung bulan ambik duit elaun maktab ( guna kaedah t t )
Pengarah PASTI Pahang datang menjemput kami untuk dibawa ke tempat pertemuan di pejabat PASTI negeri Pahang. Sesi itu tamat sekitar jam 2,20 petang lalu kami solat Zohor disitu jugak ( bangunan rumah dua tingkat milik Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang ). Pelawaan Cikgu Lan untuk pergi ke kebun cempedaknya di Chenor terpaksa kami tolak kerana masing-masing telah ada komitmen program Ramadan di Masjid sendiri. Cikgu Lan bekalkan kami dengan cempedak sebiji seorang ( tak sempat cari patin, cempedak pun syukur AlhamdulilLah ).
Tiba di Gombak jam 4.40 petang. Kami berpisah di situ lalu meneruskan perjalanan ke Kampar via Sungai Tua. Sempat juga berhenti basuh muka di tepi air terjun Sungai Tua. Ada beruk dua ekor bercumbuan tanpa kisahkan bulan yang mulia ini. Memang tak berbaloi singgah di situ !

Teman melencong ke Proton City kerana Haji Saleh tak pernah ke situ. Cantik jugak pemandangan di sekitar residensi itu, kot takdir pindah ke selatan Perak boleh le cari rumah baru di sini.
Kami selamat tiba ke Masjid Jamek Kampar dengan izin ALLah jam 7.15 petang. Berbekas pinggang dan lutut penangan pemanduan non stop. Umur dah meningkat ni membataskan kekuatan kembara di bulan Mubarak seperti ini. Syukur sekali lagi kepadaMu Ya ALLah !