Saturday, June 12, 2010

Tour Muktamar 56





Bertolak dari rumah Jamil tepat jam 1440. Solat Asar di Hentian Sungai Perah, Gerik. Lousy sungguh fasiliti tandas di situ. Memalukan !
Perjalanan dengan VIOS Pak Imam tenag dan lancar. 2045 kami tiba di PUTIK. Selesai uruskan pendaftaran kami dengar kuliah Ustaz Azhar Idrus sehingga tamat di surau.
Kami makan di gerai hadapan Balai Polis PC. Makanan boleh tahan, yang tak tahan harganya……………
Tiba di Masjid Baung Besar jam 2230. Selepas solat sunat kami terus lelapkan mata. Uma lolap sungguh dengan dengkuran yang lembut. Jamil tak boleh lena. Myself till 0300 sahaja kerana sakit dada tidur di atas marmar.
Awal kami membersih diri pagi itu. Ini kelebihan tidur di masjid. Solat Subuh berjemaah pasti terjamin. Imam masjid tak datang pagi ni. Keletihan kenduri masuk rumah baru kot. Gantian, siak yang jadi imam baca surah biasa saja tanpa sujud Sajadah.
Selepas subuh, kami memenuhi jemputan Bidan Tok Mun meraikan cucu barunya. Myself dapat peluang memotng sedikit rambut bayi itu bersama dua orang tempatan yang lain ( Roslan Lumut dan Zul Baung ).
Kami terus ke PUTIK untuk mendengar ucapan dasar Mr President dan persmian muktamar ke-56. Banyak nasihat, teguran dan permintaan Mr President yang perlu diberi perhatian oleh semua pendokong jamaah demi meneguhkan perjuangan.
Solat Jumaat di Masjid Langgar setelah check in di SDI Motel. Masjid tiga tingkat ni sarat dengan jemaah tempatan dan luar. Oleh kerana tidak banyak kedai makan yang menjalankan perniagaan hari ini, kami makan di Restoran Nasi Kandar bersebelahan Bangunan Mutiara. Sepinggan nasi dengan sepotong ikan kari ditebus dengan harga RM5/. Sekali lagi, boleh tahan harga waktu cuti nih !
Selepas rehat aku sakit gigi ................ terlalu............ terus tidur

No comments:

Post a Comment