Saturday, June 5, 2010

Tour PCB Jun

Sabtu 22 Jumadilakhir - 05 Jun 2010

Perjalanan semalam amat tenang dan ALLah mengizinkan kami tiba di Kota Bharu jam 1830.
Rehat semalaman selepas melayan Nuna & Family.


Paginya bergegas ke Kedai Buluh. Menjalankan khidmat kepada jemaah di situ hingga 1830 juga.

Selesai membentangkan kertas, anak-anak turun ke kantin. Sebelum itu mereka telah diberikan peluang untuk bermain dengan seekor anak musang oleh Abang Him. Comel sungguh anak musang itu !

Kami terus ke Taman Chendana. Selepas solat Maghrib dan berehat seketika, bawak Ja dan anak-anak ke Pasar Raya Mydin di Kubang Kerian. Barang=barang dan harganya ok tapi tempat parkingnya bermasalah. Satu jam setengah ken a bayar tiga ringgit. Mahalnya ! Mydin Mall Kualala Terengganu lebih hebat dari tempat ini tetapi parkingnya tak kena bayar sesen pun !

Pagi Ahad cadangnya nak berjalan-jalan di sekitar Kota Bandar Raya Islam. Selepas itu kemi akan ke rumah mentua Nuna untuk makan kenduri walimah adik iparnya.

No comments:

Post a Comment