Flight ke Kuching jam 0710. Kami tiba awal di LCCT pagi tadi. Dapat jugak tidur dalam shuttle train dan sky bus.
Penerbangan hampir dua jam tidak terasa sangat kerana masih mengantuk. Uma betul-betul lena dalam Air Bus 320 nih. Selesai urusan imigresen hamper jam 0930. Sempat jugak surfing di meja McD LT Kuching sebelum Junaidin datang menjemput kami.
Perjalanan ke Desa Ilmu mengambil masa lebih kurang 45 minit. Selesai menjemput adik Din dan anaknya di klinik, kami menghantar mereka pulang ke Kampung Merenik, betu-betul di hadapan SK Kampung Merenik. Mudah jugak urusan kali ini kerana Junaidin ada darah dagingnya di Bumi Kenyalang.
Rumah kembar dua yang dijadikan homestay ini berjaya disewa oleh BPP Perak sebagai stesen para petugas sepanjang kempen PRK ini. Harganya boleh tahan di bawah RM 1.2 K Setakat ini, tempat menginap ini boleh diberi markah A jika dibandingkan dengan beberapa PRK lalu.
Solat Jumaat di Masjid Inst. Perguruan TAR Kota Samarahan yang terletak tidak jauh dari homestay kami. Selepas solat kami lena sebentar sementara menunggu sahabat-sahabat pulang dari Kuching. Sambil menunggu, kami keluar untuk meninjau lokaliti dan beramah-mesra dengan penduduk sekitar Desa Ilmu ini. Kami singgah mengisi perut di Warung 2000. Boleh tahan jugak rasa makanan di sini. Maklumlah hidangan terakhir kami adalah pada jam 0400 tadi di LCCT.
Selepas solat Maghrib, kami ke rumah Kak Noraini di Kg Tanjung Dundong, calon kita di Muara Tuang. Sambutan oleh pengundi setempat amat menggalakkan dan begitu mengharukan perasaan. Debute PAS nampaknya amat positif ! Taaruf dan perbincangan selesai sekitar jam 2300. OTW home, kami singgah minum di JJ Kafetaria bersebelahan Petronas Desa Ilmu.
Mesyuarat kecil di kediaman kami membincangkan beberapa perkara penting berkaitan logistik. Selesai jam 0030 kami pun merehatkan diri untuk menanti tugas seterusnya esok..............
No comments:
Post a Comment