Penghayatan Puasa
Sebahagian ulama berkata:"Ramai orang yang puasa, berbuka; dan ramai yang berbuka, berpuasa. Orang berbuka yang puasa ialah orang yang memelihara anggota badannya dari yang haram, padahal dia makan dan minum. Dan orang berpuasa yang berbuka ialah orang yang menahan makan dan minum hingga lapar dan dahaga, tetapi pada waktu yang sama dia membebaskan anggota badannya melakukan yang haram."
Rasulullah s.a.w. bersabda:
- Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:"Puasa itu bukanlah sekadar menahan makan minum, tetapi puasa itu ialah menahan dari melakukan perkara sia-sia; maka jika seseorang memaki engkau atau dia tidak mengetahui engkau sedang berpuasa, maka katakan:"Sesungguhnya saya berpuasa, sesungguhnya saya berpuasa!". "
(Riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Hakim)
Sabda Rasuulllah s.a.w lagi :
- Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya: rasulullah s.a.w. bersabda:"Seringkali orang yang berpuasa itu hanya sekadar mendapat lapar dan dahaga, dan sering kali orang yang bangun malam itu hanya sekadar berjaga."
(riwayat Tabarani)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
- Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhani r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya:"Siapa yang memberi amkanana berbuka kepada orang yang berpuasa baginya pahala seumpama orang yang berpuasa itu, meskipun orang yang berpuasa itu tidak dikurangi pahala sedikit pun."
(riwayat Tirmizi dan Nasai)
No comments:
Post a Comment