Sunday, November 28, 2010

Musafir & Adik








21 Zulhijjah 1431 - Ahad, 28112010

Pagi-pagi lagi dah kejutkan adik untuk menunaikan solat subuh. Malam tadi sbuk dia merengek kepada ibunya minta disiapkan pakaiannya untuk ke KL dengan ayah.

Selesai ke pasar dan kerja housekeeping di luar rumah, ibu menghantar adik dan ayahnya ke Stesen KTM Kampar.

Perjalanan mengikut jadual. Ketenangan dan keselesaan di dalam koc tambang murah ini membuatkan adik seperti biasa................. tidur.

Tiba di KL Sentral jam 1220. Adik begitu teruja melihat pemandangan baru. Memang pengalaman menaiki kenderaan awam ini amat menyeronokkan dia.

Perjalanan hampir 35 minit ke Gombak dipenuhi dengan pertanyaan dan gelak ketawa adik. Memang dia seronok menaiki LRT. Tambahan pula laluan Kelana Jaya - Gombak ini ada jalan bawah tanah, daratan dan jalan atas.

Kami lengkapi musafir ini dengan menaiki teksi ke Taman Samudera. Syukur perjalanan lancar dengan bayaran RM7.50 kami tiba di pejabat tepat jam 1300.

Sebelum solat kami mengisi perut di restoran bawah pejabat. Selepas solat jamak dan qasar, ayah sibuk dengan kerja-kerjanya. Adik pula menyibukkan diri dengan menonton siaran televisyen sehingga enggan melayan panggilan video skype kawan baik dan saudaranya AKIYE.

Seharian adik terlalu bosan kerana tidak dapat menonton televisyen di bilik mesyuarat lalu ........... tidur.

No comments:

Post a Comment