Saturday, May 28, 2011
Ayah Kat Tganu
Ayah & Pengarah PASTI Terengganu
KT pandangan dari atas
KT - not too busy
Kawan Ayah dan Rusa
Duduk selesa on flight to Subang
Pak Cik Bada belanja ayah minum kat LT KT
Macam bas ekspres
Bas Tradisional ket KT
Ayah tunggu bagasi
Ayah dan CEO kereta mewah
Menemankan Pak Cik Hasan beli keropok
Cantik jugak LT Subang sekarang
Skypark Front View
Jumaat 27 Mei 2011.
Ari ni mula cuti sekolah. Ayah ke LT Subang untuk merasai pengalaman bersama pesawat Firefly ke Kuala Terengganu. Lawatan singkat dan akan balik ke KL petang esok setelah selesai urusan mesyuarat di sana.
Tuesday, May 17, 2011
Monday, May 16, 2011
An-Nahdhoh 2011
Sunday, May 1, 2011
Anugerah kepada Abu Daud
Kami tiba di Balai Islam Lundang jam 0955. Penantian kami tidak lama kerana tepat jam 1000 tetamu utama majlis, Dato’ Bentara Setia Haji Nak Badul Aziz Nik Mat mula memasuki dewan menandakan bermulanya acara yang bersejarah buat Abu Daud dan rakan-rakan seperjuangannya.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran disampaikan oleh naib johanHafazan Al_Quran peringkat kebangsaan tahun 2011. Beliau mengalunkan bacaan Al-Furqan menggunakan qiraat majmuk. Selepas itu ucapan aluan Pengerusi PERMATA menjadi halwa telinga sekalian yang hadir.
YAB Menteri Besar Kelantan selaku penaung PERMATA menyampaikan ucapan perasmian spontan yang sarat dengan tarbiyah Islam kepada semua. Meskipun ringkas, namun Tuan Guru sempat menekankan peri pentingnya usaha melahirkan para huffaz diliaptgandakan. Malahan, Tuan Guru mencabar agar para pendokong usaha melahrkan para huffaz ini melebarkan dakwah kepada masyarakat nonmuslim agar mereka dapat sama-sam mengecapi kemanisan Islam.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan sesi bergambar ahli keluarga di pentas utama. Tahniah kepada anakanda kami ini dan golongan seangkatannya pada hari yang amat bersejarah ini !
Mudah-mudahan ALLah swt permudahkan kusaha mereka untuk kekal sebagai golongan pemelihara kitab suci kita ini.