Sunday, May 1, 2011

Anugerah kepada Abu Daud






01 Mei 2011

Kami tiba di Balai Islam Lundang jam 0955. Penantian kami tidak lama kerana tepat jam 1000 tetamu utama majlis, Dato’ Bentara Setia Haji Nak Badul Aziz Nik Mat mula memasuki dewan menandakan bermulanya acara yang bersejarah buat Abu Daud dan rakan-rakan seperjuangannya.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran disampaikan oleh naib johanHafazan Al_Quran peringkat kebangsaan tahun 2011. Beliau mengalunkan bacaan Al-Furqan menggunakan qiraat majmuk. Selepas itu ucapan aluan Pengerusi PERMATA menjadi halwa telinga sekalian yang hadir.

YAB Menteri Besar Kelantan selaku penaung PERMATA menyampaikan ucapan perasmian spontan yang sarat dengan tarbiyah Islam kepada semua. Meskipun ringkas, namun Tuan Guru sempat menekankan peri pentingnya usaha melahirkan para huffaz diliaptgandakan. Malahan, Tuan Guru mencabar agar para pendokong usaha melahrkan para huffaz ini melebarkan dakwah kepada masyarakat nonmuslim agar mereka dapat sama-sam mengecapi kemanisan Islam.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan sesi bergambar ahli keluarga di pentas utama. Tahniah kepada anakanda kami ini dan golongan seangkatannya pada hari yang amat bersejarah ini !

Mudah-mudahan ALLah swt permudahkan kusaha mereka untuk kekal sebagai golongan pemelihara kitab suci kita ini.








No comments:

Post a Comment