Monday, May 17, 2010

Jejak Sandakan 2010


16 Mei 2010
Hari ini berlangsung sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan dan SKS. Happy Teachers Day to me & others.
Kami daftar masuk selepas solat Subuh di surau LCCT. Tadi dah gunakan kemudahan kiosk check in di luar kaunter.
Penerbangan seperti biasa kengkadang membosankan. Mengharungi 165 minit di udara di samping kesukaran untuk tidur lelap ini menyakitkan kepala.




Kami keluar dari Lapangan Terbang Sandakan tepat jam 1000. Ishar dan Mistamam telah sedia menunggu. Lobai dan krewnya lambat sedikit keluar kerana terpaksa melengkapkan boring lawatan secara manual.
Kami terus dibawa ke Hotel Kensington, tempat penginapan yang sama sewaktu bertandang ke sini Mac 2009 lalu.



Kami terus daftar masuk dan menyimpan barang di dalam bilik. Selepas itu turun menjamu selera di Habeeb Chicken Rice. Istimewa di sini, makanannya semua dihadangkan bersama sup kosong.

Berehat sebentar di dalam bilik sebelum menunaikan solat zohor dan asar. Seperti dijanjikan, tepat jam 1330 Pangeran Saleh datang menjemput kami untuk dibawa ke PASTI Khalid Al-Walid Kampung Tinusa.


Walaupun terletak di Parlimen Libaran, PASTI unit ditadbirkan oleh PASTI Kawasan Sandakan. Petang ini ada majlis ramah mesra dan sembang-sembang pengurusan PASTI di situ. PASTI ini sangat istimewa kerana baru sahaja selesai dibeli oleh PASTI Kawasan Sandakan. Keirtimewaan kedua, PASTI ini terletak di atas air !
Majlis diakhiri dengan jauman ringan. Kami kembali ke Kensington untuk berehat seketika. Malam ini ada acara perasmian PASTI di tempat yang sama. Ngantuk tidak tidur semalaman menenangkan bilik hotel kami ini.

Jam 1930 sekali lagi kami dijemput oleh Pangeran Saleh untuk ke Kampung Tinusa. Program perasmian malam ini berjalan lancar. Selepas majlis manandatangan plak perasmian, kami bersama-sama membaca Surah Yasin dan bertahlil memohon keberkatan Ilahi kepada seluruh warga PASTI Khalid Al-Walid pasca perasmian ini. Takbir !

Selepas jamuan nasi ala kadar kami meninggalkan PASTI Kampung Tinusa dengan senyuman kegembiraan kerana melihatkan kesungguhan komitmen warga PASTI di Sandakan melaksanakan amanah jamaah dengan penuh dedikasi. Tahniah kepada Akhie Ishar & Co.
Kembali ke hotel, kami mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa kerana telah mengizinkan kemenangan kerusi Parlimen Sibu kepada Pakatan Rakyat yang diwakili oleh YB Wong Ho Leng. Tahniah kepada semua ! Hilang letih kami bertugas di Sibu minggu lepas dengan pengumuman ringkas daripada TV Barua BN tuh !


Nyenyak tidur kami dengan kemenangan itu hingga ke pagi. Mujur Azan Alarm yang berbunyi berjaya menyedarkan kami. Selesai menunaikan kewajipan Fajr, kami bersarapan di Habeeb’s. Krew penaziran terus turun ke PASTI Saidina Abu Bakar Al-Siddiq melaksanakan tugas utama bertandang ke negeri bawah bayu ini.


Myself terus mengajak Pangeran Saleh dan Panglima Mistaman bersarapan di Restoran Zakaria berhampiran Pasar Sandakan. Selepad itu kami meninjau ikan-ikan yang baru naik di pasar itu.
Selepas tugas Lobai & Co tamat, mereka ke Pasar Sandakan untuk mencari ole-ole untuk dibawa pulang ke rumah. Ishar telah menyiapkan kenderaan untuk kami ke Kota Kinabatangan dengan ditemani oleh Ustaz Fazli dan Krangkang. Hebat sungguh layanan sahabat-sahabat di sini, moga ALLah membalas segala jasa baik tuan-tuan !

Kami singgah di rumah Ustaz Zaidi, orang kuat PASTI Kinabatngan dan sempat menziarahi dua unit PASTI di situ. Ustaz Zaidi membawa kami dengan kenderaannya ke Kampung Butih mencari Payau sebagai tanda rasmi lawatan ke bumi bertuiah di bawah bayu ini.
Syukur kepada Ilahi kerana pencarian kami berhasil.

Hujan yang turun renyai-renyai tambah menyemarakkan semangat kami meredah jalan pulang ke lapangan terbang. Perkenalan dengan Ustaz Zaidi meskipun singkat namun amat mesra, seolah-olah bertahun telah mengenali beliau.
Kami singgah sebentar di Taman Fajar untuk mencari alatan mengemaskan bungkusan 10 kilo Payau.
Tenggelam juga kehebatan barangan Langkawi dengan khazanah eksotika hutan Kinabatangan ini.
Myself n Lobai memang tak sempat mandi dan makan mala mini. Kesempatan daftar masuk awal kami gunakan untuk ‘house keeping’ fardhi di tandas airport. Jam 2040 kami ke balai berlepas dengan seribu kenangan manis lewat kunjungan kali ini. Tahniah sekali lagi kepada seluruh warga PASTI Sandakan !
Pesawat delay lagi. Jam 2150 pesawat berlepas meninggalkan lapangan terbang Sandakan. Jika diizinkan ALLah memang kami mahu datang lagi . . . . . . . Moga ALLah selamatkan perjalanan pulang kami semua . . . . . . .

No comments:

Post a Comment