Bos n Crew at Surau Darul Islam
Tribute to Buya
Sembang strategi Dr Mariah & DS Nizar
Markas PAS Kg Hilir.
Catatan Perjalanan PRK 212 Parlimen Sibu.
10 Mei 2010
Rombongan yang diketuai oleh YAB Dato’ Seri Mohammad Nizar memulakan perjalanan tepat jam 0245. Berhenti sebentar di Tol Gopeng untuk mengambil seorang lagi pesrta bagi menggenapkan rombongan ke Sibu ini.
Jam 0500 kami selamat tiba di LCCT dengan izin ALLah SWT. Sementara menunggu kenderaan disimpan, urusan daftar masuk dilakukan menggunakan kiosk ekspres dengan lancar.
Selepas Solat Subuh di surau balai berlepas, kami bersarapan di warung yang ada di situ. Harga runtuh !, Teh O dan nasi lemak sebungkus seorang kena hampir RM10/ !
Perjalanan di dalam pesawat menjemukan seperti biasa. Semua tidur kerana berjaga sepanjang malam tadi.
0930
Urusan di kaunter imegresen selesai. Abang Edy Berjaya memenuhi janji menguruskan kedatangan kami. Rombongan kami bertambah seorang lagi. Jarak 24 km kami susuri sehingga tiba di Markas PAS Kampung Hilir. Cukup menarik tempat ini yang letaknya di tebing Batang Rajang, sungai terpanjang di negara kita.
Sebahagian kami mengambialih tugas memasakan di dapur setelah membeli bahan mentah di Bandar Sibu. Pengalaman pertama untuk membiasakan diri dengan jalan di dalam Bandar agak melucukan kerana selalu tersilap lorong.
1300 Selepas Zohor kami membantu persiapan untuk aktiviti mesra pengundi malam nanti ( BBQ Ayam dan ceramah YB Nizar & others )
DS Nizar mengepalai rombongan menziarahi pengundi sekitar Jalan Bandong. Kami menunakan Solat Maghrib di Surau Darul Islam, Sibu. Malangnya Tok Imam di situ minta ampun kerana tidak berani untuk memberi laluan kepada Tazkirah DS Nizar akibat ugutan PBB/BN !
Selepas bersalaman, kami ke pejabat PKR di Jalan banding untuk bertemu dengan pimpinan di situ. Bekas calon DUN Pelawan, Dr Ting menjadi jurutunjuk rombongan kami ke Rajang Park.
2000
Sambutan di Rajang Park sangat hebat ! Malam ini ceramah dimulakan oleh beberapa orang penceramah wanita. Tiba giliran DS Nizar gamatlah suasana di situ dengan tepukan bergemuruh pengundi Tionghua. Rupa-rupanya mereka memang ternanti-nanti akan ketibaan juara rakyat dan keadilan daripada bumi pasir dua butir ……..
Selepas itu kami ke Kampung Hilir kerana ada majlis bersama pengundi DUN Nangka . Aroma BBQ ayam berjaya juga menggamit segelintir masayarakat Kg Hilir dan Kg Dato’ bersama Pakatan Rakyat. Kami tinggalkan YB Loke meneruskan ceramah di situ kerana DS Nizar ada acara sendiri bersama penyokong di Hotel Paramount.
2130
SU Kelana Jaya bermurah-hati meminjamlan penginapan pimpinan tertinggi kepada kami. Rumah teres dua tingkat di Jalan Keranji sangat selesa kepada kami. Terima kasih kepada tuannya, kenalan YAB Lim Guan Eng sewaktu menuntut di Australia dahulu. Kami doakan puan diberikan hidayah oleh ALLah SWT untuk bersama dengan Islam ( present time penganut Kristian tegar – besar salib di tingkat atas rumahnya nih ! )
2350
Kami keluar mencari minuman panas. Dapatlah minum teh o nipis. Malangnya . . . . . restoran tersebut turut menghidangkan minuman keras ( budaya kolonial Sarawak tinggalan Dinasti Brooke. Balik ke rumah dan terus tidur di atas kerusi serbaguna milik tuan rumah.
11 Mei 2010
Gagal menemankan DS Nizar berjemaah di Masjid Daerah Sibu. Mungkin penangan keletihan tidak tidur malam sebelumnya. Kami berpeluang mengiringi DS Nizar keluar daripada Hotel Paramount untuk beramah mesra dengan para pengundi di Pasar Besar Sibu.
0930
Terserempak dengan YB Kit Siang diiringi oleh bebebrapa YB lain yang turut berada di Pasar Besar atas tujuan yang sama.
Selepas itu kami kembali ke Kampung Hilir bagi membereskan urusan promosi program malam nanti.
Kami solat Zohor jamak dan qasar yang diimamkan oleh DS Nizar di tempat penginapan. Rehat sebentar menunggukan program FGutsal jam 5 nanti.
Selepas perasmian penutup, program DS Nizar malam ini adalah ceramah di Kampung Hilir dan perjumpaan dengan masyarakat Cina di Jalan Lanang.
Bravo HL Wong !
Selamat tinggal Sibu, panjang umur kita bertamu lagi. . . . . . . . .
No comments:
Post a Comment