Tiba di KL Sentral hampir jam 1640. Terus menaiki Aerobus jam 1700 ke LCCT. Solat Asar ringkas selepas daftar masuk. Mujur pagi tadi dah gunakan kemudahan “ Web Check In ‘.
Penerbangan delay selama 15 minit. Sempat le minum kopi Radix bancuh sendiri di Kafe Fun&Fly. Harga air panas di situ not bad, 50 sen segelas. Sebelum itu sempat bersembang dengan YB Khalil Idham dan krew Selangor yang akan e medan PRK Sibu petang ni juga.
Ja mengadu kereta tersagat batu lagi. Balik nanti cadangnya nak pecahkan batu itu kerna dah genap tiga kali tersagat vios kesayangan Ja tu.
Sempat juga hubungi Amin. Cadangnya nak buat appointment Ahad ni di Sandakan, malangnya dia ada hal di Tawau. Mungkin tahun depan boleh jumpa dia di mana-mana tempat di Sabah. Masa tu mungkin dia dah bergelar doktor ( PhD ) kot. Kita nih buat ijazah ketiga dengan jemaah sahajalah ………….
Adram menelefon dari Langkawi. Dia dah lama bersantai di Hotel Langkasuka.
Tiba di hotel jam 2040. Pihak bermurah hati sediakan makanan untuk kami berdua. Jam 2115 masuk ke dewan.
Ada acara perasmian oleh ……. What a lousy person
2300 Selesai solat, nyembang dengan Adram hingga terlelap.
Morning View
Pasca Tidur
Jasamu senantiasa di dalam ingatan kami
15 Mei 2010
Solat Subuh berjemaah dengan Adram. Selesai tu beliau sambung rehatnya. Myself ketuk mesin taip ni untuk selesaikan beberapa urusan kecil organisasi, Kami turun bersarapan tepat jam 0800. Dewan makan hampir lengang. Mudah untuk kami menguasai suasana. Myself hanya ambil tga keping roti bakar dengan semangkuk kecil bubur oat. Adram boleh tahan pagi ini dengan sepinggan nasi goreng bersulamkan sepinggan lagi kuetiaw goreng.
Masuk ke dewan kursus untuk slot jati diri hingga jam 1030. Rehat sebentar, Myself naik dan rehat di dalam bilik sahaja. Bancuh kopi sendiri lebih selesa daripada turun ke lobi. Sambung kursus untuk slot pengurusan kewangan dan audit kendiri kop. Seklepas 1330 kami dibebaskan membuat aktiviti sendiri sehingga jam 2030 nanti.
Kami setuju untuk tidur di dalam bilik selapas makan dan solat zohor. Jam 1730 kami menaiki van sewa ke bandar Kuah dengan bayaran RM2 / seorang. Tiada yang baru di sini selepas 2008 visit hanya Ismail Group dah ambil lot kedai besar di hujung bandar Kuah. Sejuk mata memandang bangunan yang dicat dengan warna hijau yang begitu mengancam !
Abis beli sikit barang, kami setuju untuk jalan kaki pulang ke hotel. Adram pun nampak steady selepas sembuh daripada penyakitnya bulan lepas. Myself pun dah lama tak keluar peluh.Tiba di sana terus makan malam. Kami ambil makanan pada kadar minima Cuma air sahaja yang dilebihkan kerana tadi memang tak singgah di mana-mana untuk membasahkan tekak.
Selesai mandi, Azri menepati janji menungu di lobi. Kami terus ke lapangan terbang Padang Mat Sirat untuk daftar masuk. Flight delay lagi malam ni selama 30 minit. Kami solat Isyak di Surau Padang Putih. Azri bawa myself meronda di pantai Chenang hingga ke Awana. On the way to airport kami singgah makan di Gerai Tomyam di hadapan gelanggang go-kart. Rupanya taukeh restoran tu orang Melaka, Nampak kemas ketayap putihnya.
Jam 2235 myself masuk ke balai berlepas. Thank you Azri, jasa truan tetap hamba kenang. Flght take off jam 2310. Penumpang ¾ je. Selesa nak tukar-tukar tempat duduk.
33000 kaki di atas bandaraya Ipoh pada jam 2330. Teringat Ja dan anak-anak sayang di rumah. Moga ALLah selamatkan mereka dan ayahnya untuk berjumpa kembali malam Selasa depan. Maha suci ALLah, cuaca malam ni cukup baik,.terang bederang bandar raya Ipoh. Pemandangan malam tambah cantik sewaktu menghampiri KLIA. Sebelum ni tak perasan kerana selalu terlelap dalam penerbangan.
Syukur jam 2355 selamat mendarat di LCCT. Nasib tak baik, kena jalan hampir 1 km ke balai ketibaan. Tinggal enam jam lagi untuk daftar masuk ke penerbangan Sandakan. Tunggu Lobai dan krew lain di Food Garden. Lena ke tidur duduk pagi nih . . . . . . .
No comments:
Post a Comment