Jam 1030 tinggalkan rumah. Destinasi kami ke Titi Gantung, Parit untuk menghadiri jamuan Aidil Fitri anjuran MGP Perak.
Tiba di sana, Cikgu Hasan sedang menyampaikan ucapan perasmian penutup program Usrah Perdana sebelum jamuan berlangsung. Sebelum itu Tazkirah Syawal disampaikan oleh Ustaz Marul Hairi.
Hidangannya ringkas sahaja. nasi putih ala kiampung disulam dengan lemang dan rendang. Di meja luar dewan ada mi sup tulang, laksa dan kuih- muih. Semuanya begitu menyelerakan para tetamu.
Perjalanan diteruskan ke Ipoh. Kami solat jamak di Rumah PASTI sementara menanti Jamil dan Cikgu Azmi. Kami menumpang kereta Jamil menuju ke Kampung Luat Lenggong untuk menghadiri jamuan raya Haji Razman di sana. Meriah sungguh sambutan orang-orang Lenggong dan sekitarnya terhadap jamuan itu. Tempat jamuan sungguh strategik, di tebing Sungai Perak dan sememangnya menjadi tumpuan warga Kampung Luat.
No comments:
Post a Comment