Sunday, September 5, 2010

Menyantuni Golongan Mustad'afin





Petang Ahad 25 Ramadhan. Kami bergegas ke Kampung Changkat Legong, Kota Bharu. Di sana telah dirangka program untuk mengagihkan sumbangan hari raya Aidil Fitri kepada golongan fuqara dan masakin.

Di pertangahan jalan, kami berselisih dengan Rahman Changkat Tualang. Dia memaklumkan bahawa tempat program berpindah ke rumah sahabat di hujung kampong. Ada golongan barbarian yang telah menghalang program daripada dijalankan di Masjid Kg Changkat Legong. Semoga mereka mendapat petunjuk dan hidayah menjelang akhir Ramadhan ini kerana telah menghalangi manusia daripada jalan ALLah.

Majlis bermula jam 5.50 petang dan dipengerusikan oleh Sdr Jamil. Cikgu menyampaikan tazkirah ringkas seterusnya merasmikan majlis sumbangan tersebut. Ustazah Azizah menyambung aluan pembuka majlis dengan sentuhan lembut Muslimat Kampar.

Selepas sumbangan ala kadar diagihkan kepada lebih kurang 50 orang penerima, kami menyerahkan sumbangan pakaian terpakai kepada penduduk di situ. Sebelum berbuka puasa, Cikgu Jamil memimpin bacaan tahlil. Bersemangat sungguh kami berzikr di ruang terbuka di hadapan rumah Akhie Majid yang baik hati.

Masuk waktu Maghrib, kami berbuka puasa dengan tamar dan air sirap. Selepas itu kami menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di rumah Sdr Majid. Selesai solat barulah kami menjamah nasi tang disediakan oleh Muslimat Kampar dan Sdr Asni suami isteri.

Program ini sesungguhnya dapat menepati matlamat mengeratkan silaturrahim sesama Islam dan menyelami kehidupan masyarakat yang kurang berkemampuan sesuai dengan semangat dan tuntutan madrasah Ramadhan.

Kami pulang dengan senyuman kegembiraan. Golongan yang menerima sumbangan pulang dengan membawa bekalan. Mudah-mudahan dimafaatkan oleh mereka untuk mendekatkan diri kepada ALLah swt.

Tahun hadapan dengan izin ALLah kita akan berjumpa lagi !

No comments:

Post a Comment